Perjalanan Mencari Kekasih




LINDUNGILAH AKU DARI PUTUS ASA!!

Di saat hatiku luluh terasa beban yang tidak tepikul bila aku mengingati amanah yang perlu aku perjuangkan.ketika iman aku terumbang ambing dek kelemahan diriku dan terpukau dengan kecantikan duniawi.serta nafsu yang yang menjadi raja seperti firaun yang tidak mengenal erti syukur dan takut pada tuhan.
ketika itu juga aku merasakan jiwa aku mati dan jauh dengan Tuhan.tetapi lantas aku berpaling dan sedar.serta ku beristifar panjang akannya.mencari tasbih mu sambil aku berzikir mengingati segala-galanya yang aku lakukan terhadap mu.ketika itu juga lah air mata aku mengalir.mengalir dengan penuh penyesalan,takut dan sedih.lantas jiwa ku kiang berkecamuk.memberonta seperti tidak keruan.lantas aku lebarkan sajadah tempat sujudku kepada MU.ku bentangkan dengan seribu harapan dan penyesalan.rukuk sujud aku hanya untuk MU.dan mati ku hanya untuk Agama suci mu.kata-kata cinta yang aku lafaz pada mu adalah segala layak untuk mu.hanya engkau yang aula dan aala.ketika ku sujud pada mu hanya engkau yang mendengar segala kesakitanku,keperitan ku,wahai tuhan yang agung engkau ku pohon segala magfirah dan kepadamu tempat aku mengadu segala kedukaan ku.subhanaAllah,Alhamdulilah,Allahu Akbar.Wahai tuhan yang maha pemurah lagi penyayang..engkau ampuni segala khilaf dan dosa-dosaku terhadap mu.kuatkan lah aku lindungilah aku dari putus asa.jika takdir aku harus mati maka pertemukanlah aku dengan MU.hanya engakau tahu segala kelemahan dan kelebihan ku.


BINGKISAN WAHYU


Ya rabb besar ujian MU pada ku.tetapi besar lagi ujian yang engkau berikan terhadap kekasih mu jika di bandingkan dengan ku.aku dapat lena dibuai mimpi walaupun aku di himpit dengan ujian mu.tetapi kekasihmu tidak pernah tidur lena.bahkan tidak merasai kesedapan dunia.disaat orang-orang yang jahil datang kepadanya membawa seribu keuntungan,kemewahan dan kekuasaan dia menolak dengan penuh membuktikan kekuasaan mu Tuhan.lantas ia bersabda "wahai pakcikku!!Demi Allah kalau mereka meletakkan matahari di sebelah kananku dan bulan di sebelah kiriku agar aku meninggalkan amanat ini,aku tidak akan meninggalkannya sehingga Allah menampilkannya atau aku mati dalam membawa tugas risalah ini". walaupun engkau mengatakan Dia Rahmat sekelian alam.baginya dunia mati.bahkan bila ia sedih engkau turut sedih.malah engkau tidak dapat melihatnya tunduk disaat kesedihannya.lantas engkau utuskan jibril memintanya angkatlah kepalanya.serta memohon kepadamu.
bila aku singkapi sirah nya.aku menangis Tuhan.terlalu jauh aku jika hendak dibandingkan orang-orang yang mulia disisi Mu.jika dibandingkan iman ku mungkin seperti air.hanya penuh bila diisi.dan hanya kering setelah minum.lantas ku tetap haus.
maka aku menulis sebuah bingkisan sirah yang aku jatuh cinta akannya.ku tatapi dengan penuh kekhusyukkan serta membaca dengan penuh perasaan.ketika aku membaca bingkisan ini dari syeikh Shafiyyurrahman Al-mubarakfury seperti aku berada disisi kekasih mu Tuhan.seperti aku mengangkat senjata mempertahankannya,seperti aku di medan perang menyertainya.sekejap aku menangis sekejap aku tersenyum.tetapi aku tidak dapat melihatnya melainkan orang-orang yang dipilih oleh mu Tuhan.

Disaat manusia berada dalam kegelapan dan kejahilan menuju kehancuran.dari segi aqidahnnya mereka banyak menyekutukan Mu.manusia ketika itu perangai macam syaitan,tiada pebimbing dan petunjuk. seolah-olah sudah berada di dalam neraka ketika itu.kejahilan dan kebodohan yang membelungi diri.bahkan mereka melampaui batas mengundi nasib kurafat bermaharaja rela.menentu nasib ditangan sendiri.tangan yang kotor.hanya mengikut hidup mereka bersandarkan anak panah.jika ditulis 'YA' maka ia akan kerjakan sesuatu.jika ditulis 'tidak' maka ia akan tinggal perbuataan itu.semua nya di tentukan oleh panahan iblis itu.ketika itu juga la bangsa arab berada kehidupan yang musnah,parah bomoh dan pawang laku ketika itu.bahkan di jadikan ia sebagai ulama mereka di tanya mengenai perihal keagamaan mereka.

adapun dari segi kehidupan sosial,golongan bangsawan hanya memilih setaraf mereka.hanya mereka yang menjaga keturunan.bagi perempuan yang tidak di pandang ketika itu hanya melacurkan diri.dengan penuh hina.bahkan disaat itu manusia berada dalam keadaan jahil dan gelap.anak perempuan di tanam hidup disebabkan membawa sial dan takut memalukan keluarga.mereka sangup membunuh ketika bayi lagi.dahsyat ketika itu.takut aku membaca akannya.semua nya ini ada diriwayatkan oleh imam bukhari dan selainya Aisyah R.a


pernikahan ketika itu ada empat macam.
pernikahan yang pertama pernikahan seperti sekarang.seorang lelaki meminang seorang anak perempuan kepada walinya kemudian memberikan mahar dan menikahinya.

pernikahan kedua pula seperti seorang lelaki berkata kepada isterinya yang baru suci dan haidnya "pergilah kamu kepada si Fulan dan mintalah untuk digauli dan dibuahinya".kemudian sang suami durjana mengasingkannya dan tidak mengaulinya lagi hinga ia benar-benar hamil dari lelaki yang mengaulinya.jika ia hamil maka suami durjana itu mengaulinya kembali.lihat betapa bodoh dan jahil manusia ketika itu.bahkan seperti haiwan.

adapun bentuk perkahwinan yang ketiga seperti mereka berkumpul kurang dari sepuluh orang kemudian mereka mengaulinya seorang perempuan.jika wanita itu hamil dan melahirkan anak maka selang berapa hari dan ia berkata "kalian sudah tahu apa kalian kerjakan sehingga aku hamil anak ini.maka atas wanita itu untuk memilih lelaki mana yang disukainya.dan lelaki yang dipilih tidak boleh mengelak dan menolak.

dan Nikah yang keempat:berkumpulnya ramai lelaki,kemudian melakukan perhubungan dengan wanita tersebut ,yang mana ia tidak akan menolak dengan sesiapa sahaja yang datang padanya.wanita ini lah yang di namakan pelacur.menegak badan nya di hadapan rumah dengan keadaan mengiurkan dan barangsiapa yang menginginkan mereka maka ia langsung berhubungan dengan mereka,jika ia hamil dan melahirkan anak maka lelaki yang pernah melakukan hubungan dengannya dikumpulkan.kemudian ia menasabkan anaknya kepada orang yang menurut kehendaknya.

lihat lah manusia ketika itu betul-betul berada dalam kejahilan dan jauh dari kebenaran tuhan.ketika mereka di didalam kermukaan Allah itu lah Allah mengutuskan seorang Rasul dan Nabi Muhammad s.a.w dengan kebenaran.beliau pun menghancurkan segala bentuk-bentuk pernikahan jahiliah kecuali dengan pernikahan pertama yang sesuai dengan islam seperti sekarang.ketika itu juga lah segala bentuk penindasan terhadap golongan wanita dan lemah di hapuskan.bahkan wanita ketika islam menyinari di julang.nasib mereka terbela.inilah bukti kita bagi orentalis-orentalis yang tidak pernah jemu mencari kelemahan islam dan menjatuhkan islam.dengan mengatakan islam agama yang menindas kaum wanita padahal mereka tidak mengetahui bahawa mereka lah sebenarnya yang merosakkan maruah wanita sebenarnya.mereka mengiakan hidup bebas,persamaan taraf antara lelaki dan perempuan,lelaki dan perempuan berhak hidup bebas boleh bertukar pasangan.bahkan yang paling aku takut adalah pemikiran ini sudah pun menular di malaya(malaysia).

ringkasnya,keadaan manusia ketika itu sangat lemah dan buta.kebodohan mereka telah melampaui batas,khurafat telah bemahajarela,manusia hidup seperti haiwan,perempuan dijual beli seperti filem ali baba,malah kadang-kala di lakukan seperti harta-benda.bahkan mereka menyembah berhala,permusuhan diantara satu sama lain,saling berperang dan membunuh,bercerai-berai,memakan bangkai,meminum arak,melakukan perbuatan keji,memutuskan silahturahim,beperilaku buruk kepada jiran dan sebagainya.malah jika dibandingkan haiwan ketika itu haiwan lebih mulia.ketika mereka di dalam kegelapan dan kejahilan maka Tuhan ku telah mengutuskan Nabi ku ketika itu.untuk mengeluarkan mereka dari kegelapan menuju cahaya yang terang dan dari kehancuran kepada kebahgiaan.Nabi ku membawa amanat ini hingga memperbaiki kesalahan-kesalahan sejarah,mengubah arah hidup dan lembaran-lembarannya.membawa manusia mengenal Tuhan dan Agama.bukan lah benda yang mudah.hanya kesabaran dan sifat-sifat mulia yang menemaninya ketika kesusahan...


bersambung.....

muhasabah cinta

Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari Mu
Kupasrahkan semua pada Mu

Tuhan baru kusadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta Mu

Reff
Kata kata cinta terucap indah
Mengalir berdzikir di kidung do’a ku
Sakit yang kurasa biar
Jadi penawar dosaku

*
Butir butir cinta air mataku
Terlihat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi Muhasabat cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan Mu

serabut & kelakar



aduhhh serabut la..pe bnda la da jadi nie..tibe2 nak kena pindah..aduss!!!knpa nak pindah dari arma lak??x logik langsung nk islah(baiki) dalam masa 2 mggu??x logik kan?
macam2 ja ujian yang datang.dalam hati sabar ja..pkataan yang 2 la aku pegang sampai sekarang..cuma aku x da kuasa nk terbang jaa..kalo da lama aku jd super saiya..jd goku.da lama kena fire dengan aku.aku serabut bukan pe..baru2 ni da pjumpaan majlis sesi dialog dengan penghuni arma berbincang masalah berbangkit..antaranya tentang masalah semua penghuni kena pindah.

semua ttanya2 knpa kena sampai pindah??x da cara yang lebih rasional k??sampai nak kena pindah??pe kes??ingt sini mlysia k?bdk2 medic da lg yg exam,budak2 nk tgu result mcm aku ni??hbs kalo kna pindah kt mna nk kena mrimpat??malam 2 ramai la bgn start dengan seorng ustazah btnya dan memberi cadangn yang aku fikir sepatutnya die jd pegawai or warden hostel ye la idea die nmpak relevan.antara die tanya kenapa mesti pindah semua??knpa x pindah secara bperingkat2.pastu pengarah jpmk bgtahu dapat dana untuk baiki semua yang rosak dan kita akan tukar tilam dan katil..knpa katil n tilam nk kna tukar??mslhnyr arma bru ja 5 tahun.semua barang2 masih elok.
kalo nk tukar pun bukan la semua..dari membazir itu kenapa x digunakan dana tu bg benda yang lebih penting??aku dgr ja kalam ustazah 2 trus aku sokong..btul2.kire semua x setuju la smpai kena pindah.
tapi wktu 2 keputusan dah dibuat.bangkit la seratus orang pun tetap keputusan die gak..kita owg bawah mna ada kuasa.lain la die ada kuasa..kire senang cita malam 2 semua x puas hati dengan keputusan 2.n x setuju.

tp pe 2 bnda leh jadikn?duduk esoknya telekat satu iklan di serata hostel arma..ttulis lebih kurang mcm nie..penarikan keputusan untuk pengosongan arma kire keputusan ditangguh dan akan di beri tahu pada suatu hari nanti...hahahaha aku baca ja lega!!serabut serabai aku pun kurang..kelakar pun da gak..mcm x pcaya..pe2 pun aku bterima kasih ats pengarah jpmk sebab memahami situasi bdk2 sni..mybe die pun rase x sedap hati n x sampai hati lihat budak2 kna pindah mcm 2 jaa..pe2 pun alhmdulilah.terima kasih prof jamil!!..pe2 pun ada undang arma sekarang da diketatkan.penghuni di wajibkna isi balik 2 borang.dan x dibenarkan memasak serta kna patuhi semua peraturan2 yg maklum.

hidup arma!!!!hahahaha

Tokoh Ulama



IMAM NAWAWI




IMAM NAWAWI (631H – 676H = 1233 –1277 M)

"Aku mencintainya kerana Agamanya..jika hilang Agamanya maka hilanglah cintaku kepadanya"



Namanya ialah Muhyiddin Abu Zakaria Yahya bin Syirfu al Nawawi. Dilahirkan di Nawa sebuah wilayah di Damsyik Syam pada bulan Muharram tahun 631 Hijrah.
Kebolehan menghafaz Al-Quran sejak kecil lagi. Pada tahun 649 Hijrah, ketika berusia lingkungan sembilan belas tahun telah pergi ke kota Damsyik untuk belajar. Mendalami ilmu di madrasah al-Ruwahiyyah atas tanggungan madrasah itu sendiri.






Karangannya adalah banyak, di antaranya yang terkenal ialah kitab-kitab syarah sahih muslim, Riyadhus Salihin, Al-Adhkar, Al-Tibyan fi adab hamalat al-Quran, al-Irsyad wa al-Taqrib fi ‘Ulum al-Hadith, al-Aidah fi Manasik al-Hajj, Syarah Muhazzab, al-Raudah, Tahdhib al-Asma’ wa al-Lughat, al-Minhaj dan Matan al-Arbain. Antara kitabnya yang begitu popular dalam pengajian ilmu ialah Matan al-Arbain (hadis 40), Riyadhus Salihin, Syarah Sahih Muslim dan al-Adhkar.


Kehidupannya dihabiskan kepada bakti dan khidmat suci terhadap penyebaran dam perkembangan ilmu pengetahuan Islam. Makan minumnya hanya sekali dalam sehari, sekadar memelihara kesihatan badannya. Juga tidak sanagat menghiraukan akan soal pemakaian dan perhiasan, cukuplah apa yang memadai sahaja. Tidak juga gemar akan makan buah-buahan kerana khuatir akan mengantuk yang akan mengganggu tugas sehariannya.

Seorang yang begitu bertakwa menurut erti kata sepenuhnya, wara’nya dan kebersihan jiwanya. Seorang ulama’ yang amatlah suka ditemui. Ada juga riwayat yang mengatakan bahawa keengganan beliau untuk makan buah-buahan di Damsyik itu bukan hanya khuatir akan mengantuk tetapi kerana buah-buahan di Damsyik dikala itu terlalu banyak mengandungi syubhat.

Sepanjang hayatnya sentiasa istiqamah dalam menjalankan kewajipan menyebarkan ilmu dengan mengajar dan mengarang di samping senantiasa beribadah di tengah-tengah suasana hidup yang serba kekurangan, sehingga hidupnya dilingkungi oleh usaha dan amal saleh terhadap agama, masyarakat dan umat.



Beliau pernah diusir keluar dari negeri Syam oleh sultan al-Malik al-Zahir yang tidak senang akan fatwa yang dikeluarkan olehnya. Beliau bukanlah seorang ulama’ yang mencari kebenaran untuk dirinya sahaja, beliau hidup di dalam masyarakat. Beliau tidak menjual ilmu yang dimiliki dengan harta benda dunia. Beliau mencurahkan ilmu kepada masyarakat ummat. Beliau memimpin ummat bukan ummat yang memimpin beliau. Mengeluarkan fatwa tanpa memandang sesiapa, walaupun fatwanya itu meyusahkan kedudukannya. Inilah contoh ulama’ pewaris nabi (warithatul anbiya’).

Sepanjang hayatnya banyak menulis, mengarang, mengajar dan menasihat. Inilah yang telah mengangkat ketinggian peribadinya dan dikagumi. Imam Nawawi wafat pada 24 Rejab 676 Hijrah, dan dimakamkan di Nawa, setelah sekian lama beliau hidup dengan membujang tidak beristeri di tengah-tengah suasana masyarakat Damsyik dan telah berjaya menyumbangkan tenaga fikiran dan ‘ilmunya kepada agama Islam dan umatnya. Sekianlah, mudah-mudahan Allah melimpahkan rahmatnya ke atas beliau. Amin.






FATWA IMAM NAWAWI YANG MENGGEMPARKAN

Menurut riwayat bahawa apabila baginda sultan al-Malik al-Zahir telah mengadakan persiapan perang untuk memerangi orang-orang Tatar (monggol) lalu digunakanlah fatwa ‘ulama yang mengharuskan mengambil harta rakyat untuk kepentingan perang melawan musuh. ‘Ulama fiqh negeri Syam telah menulis menerangkan fatwa tersebut, tetapi baginda belum merasa senang hati kalau imam Nawawi tidak memberi fatwanya. Lalu baginda bertitah “Masih adakah lagi orang lain”. “Masih ada, al-Syaikh Muhyiddin al-Nawawi” – demikian jawapan yang disampaikan kepada baginda.



Kemudian baginda menjemput Imam Nawawi dan meminta beliau memberi fatwanya bersama ‘ulama fiqh mengenai pengambilan harta rakyat untuk peperangan. Beliau berterus terang tidak mahu memberi fatwanya dan enggan. Baginda bertanya: “Apakah sebabnya beliau enggan?” Lalu beliau memberi penjelasan mengapa beliau terpaksa menerangkan sikapnya dan keenggannya memfatwakan sama seperti para ‘ulama. Beliau dalam penjelasan kepada baginda menerangkan seperti berikut! Ampun Tuanku! Adalah patik sememangnya mengetahui dengan sesungguhnya bahwasanya tuanku adalah dahulunya seorang tawanan tidak ada sebarang harta benda. Tetapi pertolongan Allah telah dilimpahkan kurnianya kepada tuanku dengan dijadikan tuanku seorang raja. Ampun Tuanku! Adalah patik telah mendengar bahawanya tuanku ada memiliki seribu orang hamba tiap-tiap seorang ada mempunyai beberapa ketul emas. Manakala dua ratus orang khadam wanita milik tunaku, masing-masing mempunyai perhiasan yang bernilai. Andaikata tuanku sendirian membelanjakan kesemua itu untuk keperluan perang sehingga mereka tidak lagi mempunyai barang-barang itu, maka patik bersedia memberi fatwa untuk membenarkan tuanku mengambil harta rakyat.



Kesimpulannya, beliau berfatwa tidak membenarkan baginda mengambil harta rakyat selama kekayaannya sendiri masih dapat dipergunakan. Baginda al-Malik al-Zahir murka kepadanya kerana fatwanya yang amat menggemparkan sehingga baginda mengeluarkan perintah supaya beliau segera keluar dari Damsyik. Imam Nawawi terima saja perintah pengusirannya itu dengan nada yang tenang. Lalu beliau pun keluar ke Nawa. Para ‘ulama Syam telah berusaha menjemput beliau balik semula ke Damsyik, tetapi beliau enggan dengan berkata: “Saya tidak akan balik ke Damsyik selama baginda masih berkuasa”.



(Sumber rujukan asal, HADIS EMPAT PULUH, Cetakan Dewan Pustaka Fajar)

cuak aku x hilang2 lagi nie....




salam...

semalam dah selesai exam aku.ujian takyin n hafalan da selesai.hu.smlm pnt sgt,balik ja smpai blik trus terjun atas katil..tlelap sampai kol 2 pgi.ish2..mana x nyr dengan panas terik.pns tahun pulak bkn pns biasa..kdg2 smpai 35 huhu.dengan kerenah arab lagi.siap bgaduh2 lg..huhu.
dlm fkrn aku ingt malaysia ja..hu.aman gak skit.tp mana tempat sma ja..jus da sistem ja kat malaysia.

mesir x.negara dia bebas.sebab 2 orang2 die pun bebas..x mcm negara kita la..sistematik skit..huhu kang penjara bwh tanah gak aku nie..huhu.jus nk kongsi ngn korang kali ni..pengalaman exam n ujian takyin n hafalan quran bagi kali kedua..mmg tahun ni lain skit dri tahun lps.tahun lepas Dr dua orang yang tanya kami.tp kali ni mula 2 seorang pastu Dr yahya penat jd ada plak Dr yang lain ganti..jd time aku kna ujian 2 ada 2 org Dr.

DR yahya mengajar aku sorof.subjek yang mana aku kena amik kertas soalan ngn Dr lain huhu.emm tapi
Alhmdulillah semua da selesai.semua nyr aku serah n tawakal.usaha2 da.yang lebih nyr tawakal.2 la konsep yang belajar disini.emm smua bnda kita wat mesti berpaksikn tawakal kpd Allah.Allah suka hamba2nya yang kuat bertawakal.
tetapi tawakal mesti la di mulakan dengan usaha yang beterusan,balik pada cita aku td
semalam mula ujian takyin dlm pukul 12 tghari.hbs dlm kol 1 gak..huhu.aku group ptama yang masuk jmpa Doktor aku dengan sofi,rais(indonesia),taufiq.soalan yang pertama di tnya adlah hafalan quran..huhu giliran aku no2.ha sudah..da starting pmulaan ayat Al-baqarah tibe2 ja aku rsa blur.huhu aku baca depan Dr tp ayat lain yang keluar..3 kali gak tsekat2..pastu doktor tnya aku."hafal ta juzz awal?? aku pun jwb dengan perasaan cuak yang x hilang2 lg(kata sham)hehe.."maalish ya Doktur ana mus tamam juzz awal..mungkin juzz salis wa rabiq"(minta maaf Dr.aku x bp lancar juzz satu.mungkin juzz juzz 3 or 4) mcm 2 la lbh kurang maksud die aku bgtau kat Dr.
doktor pun kata mashi hafal ta juzz awal rabiq?? aku jawab insyaAllah ya duktur aku pun dengan start basmalah terus ja baca dr ayat mula juzz 4.ada gak dlm sehelai muka surat.pastu giliran sofi plak..quran 2 round gak Dr tanya..hehe semua bca teketar2 ye la mna x nyr cuakx hlg2 heehe (bab kata sham)..dlm ujian takyin Dr tnya perbahasan nahu n balaghah..alhmdlh semua leh jwb.yang penting kita jawab.sebb doktr nak tgk kita byk bckp ja.


bila hbs exam dlm fkrn aku x nmpak lain...hu dok nmpak malaysia ja.rindu nak balik malaysia..hu.rindu kat mama aku,abah,along n adik2..kucing2 aku..huhu n .....huhu tp pe daya kena gak tahan perasaan rindu 2..mama srh aku tggu result dlu..result mybe keluar bln 8 nnti.


huhu x kan nk balik time pose?huhu..tapi pe2 pun aku serah ja kt tuhan.semua nyr Dia yang atur..yang penting aku balik gak tahun nie..banyak bnda aku nk uruskan lesen aku da lama mati,pastu nk tgk atuk aku kata x sht lama da..nk tengok2 malaysia lak..mana tau datang semangt nak smbg master lak pas nie..tp kalo balik mlysia suasana da lain..x mcm sni..sni kita x rse sangat rase nak kawin la..tapi kalo malaysia manusia sibuk keja..untuk msa depan..nak kumpul duit untuk family..mcm abah n mama kuat keja nak tanggng aku belajar lagi..sedih gak..tp pe la aku akan ingat sampai bila2 jasa mereka..dan aku rasa x terbalas selama ini pergorbanan abah ngn mama kt aku..thanks abah n mama sebab didik aku jadi insan yang berguna..doakan exam bgcik..

Selamat Hari Lahir Mama yang ke51


3 jun 2009 tanda genap la umur mamaku 51 tahun.emm rndu plak kt mama.hu.hope mama sihat n pjg umur dan dimurahkan rezeki.sabar n tabah atas ujian yang diuji..bgcik sayangkn mama..selamat hari lahir mama yang ke51 tahun..
"Ya Allah engkau panjangkanlah usia mamaku..permudahkan lah segala baginya..dipermurahkan rezeki baginya..Ya Rahman aku memohon padaMu lindungilah mamaku dengan Rahmat dan kasih sayangMu.."

bila da habis exam...




Dah seminggu aku hbs exam..huhu.paper las 1 jun bru nie.paper las ssh.bila paper las la rse mlas ja..tp dsbbkn paper las gak la aku pulun.x tido mlm.mlm2 pkena kopi mai secawen...skrg aku da d jangkiti pyakit ssh nk tido mlm.huhu.saja mlm ni aku bgn awl.smbil2 pkena kopi bonjorno kopi arab kgemaran aku..haha.bila msk lak aku mnum kopi ni??hahaha..entah la labu.bila dok mesir ni ape yang aku x suka jd suka..pelik2
aku benggang gak bru2 ni exam.paper las.da x bp leh jwb.arab lak bising2 time exam.murakib(penjaga exam) pulak wat2 pandai.smpai kertas soalan aku kna rampas ngn Dr.hu.tibe2 ja Dr tnya aku tp aku x ingt..sbb aku dok tgh serabut ngn tulis jwpn..yg aku thu DR tnya ko mniru k??pantas aku "lak ya doktur..haza talkis min soal"..huhu.muka aku da cuak.da x bp leh jwb..tibe2 lak murakib(pjaga exam) wat hal..pas2 kertas soalan aku kna rampas.pas 2 Dr bg kertas soalan yg baru..agrhhhh da tensen ni..




dalam hati tuhan ja yg tahu..murakib yg jaga aku ni x penah g sekolah k??x tau k mcm nk cra nk meniru.kalo aku nk mniru x akan aku tulis depan2 ko..eee sbar je la.dah lazim budak2 malaysia bila mjawab tulis kt kertas jwpn.supaya pe bnda yang d hafal x lupa.bkn x nk tulis kt lain.tp kalo tulis kertas soalan kita leh tahu soalan 2 nak pe..ni x..pe la..bila aku fikir balik sistem Azhar x sama ngn malaysia..huhu.sni bila exam mmg ttekan skit ye la mkna x nya 100% dlm exam.xmcm mlaysia.cary mark sna sni.rajin g kuliah,totarial,test lagi.cnfrm ko da lulus dlm exam.huhu.

pe2 pun ada la hikmah 2.tuhan nak uji aku.pe2 pn aku da bgtau kt murakib 2 yang aku waallahi ana zaalan minka"( aku marah ngn ko) sebb ko aku x fokus nk jawab.die muka da cuak.serba slh n malu.makna x nyr murakib lain siap marah dia lg sbb wat bijak.sebb die baru ja kna marah ngn Dr sbb ada arab meniru.huhu.
sekarang aku da hbs exam.tinggal syafawi dan takyin(hafalan&perbentangan) antara madah or subjek yang aku kena Al-quran ,nahu dan balaghah.so sni la kalo aku nak cari markah lebih.nak tampung markah yang kurang.start 10 hrbln ni.korang2 doa2 la aku.supaya leh wat dengan baik.n lulus semua dengan sempurna.ameen ya Rabb..