Pindah Arma







salam kembali...sudah lama aku tak update blog.sibuk menguruskan urusan kuliah dan kelas quran aku.Dah lama aku dapat idea nk update blog..bnyk idea2 aku tertangguh yang tak dapat aku elakkan.sudah 2 bulan seminggu 2 kali aku berulang alik dari zaqziq ke cairo..tambang tranco pergi balik ada dalam le10.campur tambang aku pergi mengaji pergi balik semua dalam le20 setiap minggu aku perlu ada.memang akan ramai bercakap kat aku x rugi k??ulang alik??da jauh??semua pertanyaan 2 aku tepis..


bagi aku x salah kalo kita habiskn duit untuk ilmu.berjalan atas muka bumi untuk mencari ilmu seluas lautan.bagi aku x mampu hanya duduk seolah2 menunggu suapan ilmu.


dengan berjalan dan kesungguhan membuat kita banyak bersabar dalam menuntut ilmu.aku boleh bagi contoh seperti imam Syafie R.A ibunya terpaksa mengadai rumah mereka sebanyak 16 dinar semata2 ingin menghantar imam Syafie belajar di yaman.bayangkan umurnya sahaja sudah 15 tahun dilantik menjadi mufti mekah .mufti paling muda didunia.dengan sifat sederhana dan tawaduknya pada ilmu.dia berjalan kaki tanpa memakai selipar berulang alik dari mekah ke madinah untuk berjumpa imam Malik R.A ketika itu. Dia mengantikan gurunya mengajar kerana tidak mampu membayar wang kepada gurunya kerana masalah kesempitan duit.


Imam Syafie seorang yang mempunyai kekuatan hafalan yang luar biasa ketika kecil lagi.mampu mengingati walauppun dalam masa yang sama gurunya baru mengajar padanya.dia juga seorang yang sangat cerdik.menulis mengunakan tulang kerana tidak mampu membeli kertas.itulah kisah perjalanan ilmu imam Syafie.aku jadikanya sebagai mentorku.supaya aku dapat meniru sedikit dalam mujahadah menuntut ilmu.jadi bagi aku x salah jika kita habiskn duit untuk ilmu dan mencari ilmu..






setelah banyak berfikir,berusaha,bertawakal mujur lah masa 2 aku baru mengenali ustaz ridzuan gelaran HJ. DA yang tinggal di arma.mencari bilik mana tau ada kosong.mujurlah hj da banyak tolong aku.dapat juga akhirnya aku bilik 317 di arma.bilik ini aku jadikan sebagai tempat menghilangkan lelah dan penat pulang dari mengaji.aku sekarang sudah tinggal di arma.kepada kawan2 aku yang nak melawat aku boleh la.mungkin aku akan terus tinggal di arma setelah selesai exam fasa 1 ni dalam bulan 2.sekarang aku tgh bersiap untuk imtihan(exam)yang x lama lagi.dijangka 3 hrbln januari.harap2 aku dapat buat yang terbaik serta lulus dengan cemerlang untuk menunaikan hasrat aku untuk menyambung M.A master azhar or morocco.insyaAllah.ameen yaRRabb..