macam mana Imtihah fasa 2?


university alazhar assyarif zaqaziq

beli jangan x beli...

eh x da himar k??

emm..

gelagat arab

time da habis exam

posing sikit..


hafal la asyik bgambar ja

hari terakhir imtihan


Hari pertama kaki aku melangkah dalam jami'ah(universiti) perasaan makin debar dan takut.ye la mna x nya da kali kedua aku amik imtihan . berbeza kali ini sebab musim panas yng bahang panasnya mececah sampai 32 dan 33'..huhuk panas kn??exam fasa 1 dulu musim sejuk..hehe.. dengan tido yg tpaksa aku korbankn.dengan jadual yang padat..apa yang aku harapkan aku dapat mlakukan dengan terbaik.
apa yang penting keadaan imtihan aku dan kawan2 tak akan sama dengan malaysia.dengan gelagat student arab yang akan wat korang pasti ketawa.

apa yang best bagi aku ini lah pengalaman yang best dalam hidup dapat bersama dengan bangsa lain.apa yang aku dapat kongsi dengan korang waktu exam nie adalah kekecohan arab bila imtihan.masing2 kelam kabut sampai di padang bola penuh.ada yang sibuk dengan menyalin jawapan,hehe.macam2..

imtihan aku bmula dari kol 9 pagi sampai kol 12 tghari.waktu nie la aku tengok banyak student arab kantoi dalam exam sebab tiru,ada yang kena rampas kertas jawapan ada yang kena koyak kertas jawapan em macam2.kalo korang duduk d tmpat aku baru korang tahu betapa cuaknya.takut..huhuk tapi yang bagus nya kami disini d layan dengan baik (ihtiram) oleh doktor2 dan pihak pgurusan universiti.

imtihan kali ini memang susah dan berat..ye la subjek fasa ni semua nya subjet penting lughah arabiah macam nahu,balaghah,dan sorof dan subjet ini la yang paling aku takut dan susah.huhuk..harap2 aku dapat jawab dengan baik dan doktor yng memeriksa kertas aku lembut hati.tolong doakan kami ya supaya najah dengan cemerlang tahun ini.ameen..