Aku kembali...







bismillah..



sudah lama aku x update blog aku..ramai tertanya2 pergi mana tuan blog ini.pergi melancong?hehehe..x ada melancongnya..dulu rumah aku ada internet.bila istirak(berkongsi) dengan arab memang susah..aku sempat menyewa selama dua bulan sahaja.pastu esoknya aku balik dari kuliah terus x ada wayar..memang susah la..huhuk






banyak kisah-kisah aku x dapat aku nukil kan..banyak benda yang perlu aku selesai..bila exam tahun lepas selesai.aku ambil perluang tinggal kaherah.sempat juga mengikuti kelas bahasa arab sebulan dengan ustaz Abdul Rahman.selama sebulan juga aku memikirkn macam mana hendak "mencantikkan musim cuti aku" lantas aku menyahut semangat baru..di buatnya jadual cuti aku,aku mula mencari syeikh2 untuk mengajar aku dalam ilmu qiraat.alhmdulilah urusan aku dimudahkan oleh Tuhan.aku berulang alik dari asyir ke kaherah husien jarak nya mungkin mengambil masa setengah jam jika aku berebut bas dengan arab.dengan bising bunyi riuhan arab dan enjin bas.terpaksa aku tempuhi panas sejuk seminggu tiga kali jadual aku mengaji dengan syeikh Nabil dan Syeikh Abdul Qadir.kelas aku habis lewat malam.kadang2 aku pulang pukul 1 pagi sudah menjadi kebiasaan.susah mendapat kenderaan ketika pulang.






selama 3 bulan aku tinggal kaherah.jadual pengajian aku disusuri dengan pengajian kitab "tuhfatul sanniah"



dengan syeikh Abdul Hamid.Orangnya sudah tua tetapi keilmuannya dapat aku melihatnya melalui matanya dan percakapannya yang lembut.membuat aku terus ingin dekat dengan dia.setahu aku namanya sentiasa disebut oleh budak2 Asian.dia banyak membantu pelajar2 azhar yang selalu datang kepadanya menanya kan sesuatu masalah di dalam pelajaran.selalunya masalah nahu.Nahu adalah tunjang utama dalam bahasa Arab.dan ulama2 lughah(bahasa) juga pernah mengatakan "Dengan kehebatan menguasai ilmu nahu seorang itu sudah dapat dilihat melalui bahasa Arabnya"






ilmu Nahu sangat penting.banyak kitab2 lama yang membahaskan tentang ilmu nahu dan bahasa.matan2 dan bait syair harus di hafal supaya memudahkan kita.antara yang penting adalah Matan Ajrumiah.berkata syeikh Abdul Qadir guru mengajiku"matan ajrumiah sangat penting..sesiapa yang tidak menghafalnya maka susah nahu untuk menolongnya"dengan kecekepan nahu seseorang itu dapat membuat ayat dengan kaedah sendiri.mengetahui domir2nya atau tatabahasanya.dengan menyusun tatabahasa yang baik dapat kita melihat seseorang itu dapat menguasai Bahasa Arab.









berbalik pada cerita aku,sudah setahun aku di mesir.banyak pahit manis yang aku tempuhi.antara yang pahit aku gagal dalam exam yang lepas.hanya 4 subjek sahaja lulus.yang lainnya perlu aku ambil semula pada tahunnya.sedih dan redha itulah jawapan aku pada setiap orang yang bertanya pada aku.mungkin cara aku tidak bersungguh.banyak main.mungkin sebab aku tekejut dengan keadaan disini.tetapi itu bukanlah alasan yang dapat aku tengahkan.Ada yang aku usaha dengan baik tapi rezeki lain pula disebaliknya.apa yang aku berharap adalah aku dapat habis dengan cemerlang dengan tempoh yang ditetapkan.matlamat hidup aku "mengaji sebelum aku mati& dapat memberi manfaat kebaikan kepada lain"






insyaAllah dengan izinya aku akan update blog aku dari masa ke semasa.doa2la buat aku dipermudahkan segala urusan dan berjaya dalam exam yang akan datang.